Daya ingatan Izzul merosot akibat gegaran otak selepas dibuli

JOHOR BAHRU – Daya ingatan seorang kanak-kanak, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang mengalami gegaran otak dipercayai akibat dibuli, dilaporkan semakin merosot sejak insiden tersebut.

Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, berkata meskipun anaknya menghidap kanser hidung, dia sebelum ini tetap menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, aktif dan gemar belajar.

Namun, keadaan berubah selepas kejadian buli itu sehingga menyebabkan gegaran otak dan memerlukan rawatan hospital.

“Sebelum ini dia cergas dan suka belajar, tetapi kini dia cepat lupa dan hilang fokus. Jika saya minta dia lakukan sesuatu, dia akan terlupa lalu bertanya semula.

“Contohnya, bila saya suruh ambil kain di dapur, dia akan ke dapur tetapi lupa apa yang hendak dibuat, kemudian datang semula bertanya saya. Perkara ini sering berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keluarga bimbang masalah itu berpunca daripada gegaran otak yang dialami, hingga menyebabkan kehilangan ingatan (memory loss) yang serius.

Siti Suhana menegaskan, pendedahan mengenai insiden itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya kerana mahu menuntut keadilan untuk anaknya.

BACA JUGA:  Hujan lebat berterusan Terengganu dilanda banjir kilat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...