[VIDEO] Akmal Saleh didakwa Jumaat ini, pendekkan umrah untuk hadir ke mahkamah

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh memaklumkan bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat ini susulan penglibatannya dalam Himpunan Solidariti Bendera di Pulau Pinang baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, @DrAkmalSaleh, semalam.

@drakmalsaleh Assalamualaikum wbt Saya telah dihubungi oleh pihak polis bahawa saya akan dihadapkan ke mahkamah untuk satu pertuduhan di bawah seksyen 505(b) kanun keseksaan. Namun, saya kini sedang menunaikan ibadah umrah di bumi Allah Mekah. Justeru, saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam jam 0800 pagi Mohon doakan saya. Jika ini harga yang saya perlu bayar untuk memartabatkan kedaulatan negara,saya tidak akan berganjak walau seinci sekalipun.. Kita jumpa di mahkamah Jumaat ini #pemudaUMNOMalaysia #nofearnosurender #drakmalsaleh ♬ Epic Inspiration – Kidmada

Menurut Dr. Akmal, beliau sebelum ini telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 15 Ogos lalu dan proses itu berakhir sekitar jam 2 pagi keesokannya.

“Saya dimaklumkan akan dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos ini jam 8 pagi. Disebabkan saya baru tiba di Mekah semalam, saya akan pendekkan ziarah umrah saya untuk pulang ke tanah air lebih awal,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan itu dianggap sebagai harga yang perlu dibayar demi perjuangan mempertahankan kedaulatan negara.

“Jika inilah harga yang perlu saya bayar, saya tidak akan berganjak walau seinci pun. Kita akan lawan di mahkamah,” tegasnya.

BACA JUGA:  Jangan biarkan RM100 itu hangus begitu sahaja
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...