Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
NasionalLaporan larangan vape hampir selesai, tunggu giliran dibawa ke kabinet

Laporan larangan vape hampir selesai, tunggu giliran dibawa ke kabinet

KUALA LUMPUR – Cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape semakin hampir direalisasikan apabila Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada pada fasa akhir menyediakan laporan terperinci untuk dipersembahkan kepada Jemaah Menteri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, laporan itu disediakan jawatankuasa kepakaran dan antara tumpuan utama adalah isu penggunaan cecair vape yang dicemari kandungan terlarang termasuk dadah.

“It is no longer if we ban, but when will we ban. Ini menjadi isi kepada laporan yang akan diangkat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet.

Perkara ini saya dah sebut beberapa kali dan saya ulang sekali lagi, langkah seterusnya adalah untuk mengharamkan (vape) yang dicemari dengan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, langkah tersebut penting bagi membendung peningkatan penggunaan vape khususnya dalam kalangan anak muda yang berdepan risiko ketagihan serta bahaya kesihatan akibat penyalahgunaan bahan kimia berbahaya.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-