Ina Naim terima teguran netizen dengan hati terbuka

KUALA LUMPUR – Peserta program Talk To My Manager (TTMM), Ina Naim berlapang dada menerima segala komen dan kritikan netizen yang mendakwa sikapnya keterlaluan ketika menguruskan anaknya, Hadie.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, dia menganggap segala teguran itu sebagai peringatan positif untuk dirinya.

“Saya akui memang salah saya dan ia keluar daripada mulut saya sendiri. Sebenarnya netizen membantu saya supaya saya ingat Tuhan, maksudnya supaya tidak berlebihan,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketiga TTMM, semalam.

Ina dalam masa sama menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa sikapnya berubah selepas kematian suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad.

“Tiada apa yang berubah. Cuma sejak arwah meninggal, saya perlu ambil alih peranan arwah. Saya perlu tegas dalam membesarkan anak-anak.

“Sebenarnya dulu arwah tak benarkan saya pukul anak, menjerit atau bercakap kasar dengan mereka. Tapi bila arwah tiada, sayalah yang kena main peranan,” jelasnya.

Tambah Ina, meskipun Hadie semakin dikenali selepas menyertai TTMM, dia tidak lupa menasihati anaknya itu agar menjaga hubungan dengan Allah.

“Saya ingatkan dia perkara pertama mesti jaga solat. Jika kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita.

“Soal kecaman netizen, dia sudah biasa melihat ibu dan bapanya dikecam, dipulau dan sebagainya. Jadi bila sekarang dia pula melalui situasi ini, Insya-Allah dia boleh menghadapinya,” ujarnya.

Terdahulu, Ina menerima kecaman hebat pada konsert minggu kedua TTMM apabila tindakannya yang dilihat kerap memotong cakap barisan juri mencetuskan reaksi kurang senang netizen, hingga ada yang melabelnya sebagai pengurus yang terlalu ‘over’.

BACA JUGA:  Siti Saerah akui sudah tegur anak, mohon maaf atas sikap Amad Dayyan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Dunia seni tanah air dikejutkan dengan...

Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir minggu ketiga TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan seni penyanyi muda, Althea bersama...

Jangan sekadar statistik, pendidikan perlu ada hasil – Zambry

KUALA LUMPUR - Kongres Pendidikan Bumiputera tampil dengan pendekatan...

Agong, Raja Permaisuri seru kebajikan pekerja terus diperkasa

KUALA LUMPUR - Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah...

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...