Lebih menguatkan khabar gembira itu, Nur Syazwani turut memuat naik semula foto sama dengan menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.
Sebelum ini, Nur Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Peguamnya, Roshdan Sujak Rafie sebelum ini mengesahkan bahawa mahkamah telah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan tersebut.
Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan. – MYBERITA








