KUALA LUMPUR – Isu seorang lelaki berstatus suami orang yang kantoi menemani wanita lain ke Klinik Kesihatan (KK) masih terus hangat diperkatakan di media sosial.
Insiden yang sebelum ini tular selepas si isteri bertindak menyerang suami serta wanita berkenaan tanpa belas kasihan kini kembali mencuri perhatian warganet dengan perkembangan terbaharu.
Menerusi hantaran di platform Threads, seorang pengguna berkongsi tangkap layar ketika si isteri melakukan siaran langsung di TikTok.
Apa yang mencetus persoalan ramai adalah kemunculan seorang lelaki di sebelahnya, sama-sama berada di dalam sebuah kereta.
Situasi itu mengundang tanda tanya, sama ada wanita berkenaan sudah kembali berbaik dengan suaminya ataupun lelaki tersebut adalah individu lain.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mendakwa seluruh isu kecurangan ini hanyalah sekadar ‘marketing’ untuk meraih perhatian umum di media sosial.
Setakat ini, belum ada penjelasan rasmi daripada pihak yang terlibat berhubung spekulasi tersebut.
Namun, netizen kekal menantikan ‘episod’ seterusnya dalam kisah kontroversi ini.

