500 mahasiswa generasi FELDA sertai Pahang Explorace jelajah IPT

SHAH ALAM – Program Pahang Explore Race: Generasi FELDA 2025 menjadi satu platform penting bagi mahasiswa anak Negeri Pahang untuk berhubung secara langsung dengan Kerajaan Negeri serta memahami pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Dato’ Amizar Abu Adam, program seumpama ini berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada golongan mahasiswa, khususnya berkaitan dasar, inisiatif serta prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Dan inilah kita nak membina hubungan rapat antara Kerajaan Negeri dan juga seluruh mahasiswa di negeri Pahang. Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Pahang juga sebagai salah satu organisasi yang membantu antaranya anak-anak FELDA yang berada di luar daripada Negeri Pahang.”

“Inilah salah satu inisiatif yang telah pun kita gerakkan terutamanya daripada golongan belia atau anak-anak muda yang berada di perantauan. Apabila mereka berada di Negeri Pahang, kita boleh bantu secara terus, namun apabila mereka berada di luar negeri, inilah antara sekretariat yang boleh membantu mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Pahang Explore Race: Generasi FELDA 2025 yang berlangsung di Dewan Mawar Qaseh, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Beliau turut menjelaskan bahawa aktiviti yang dijalankan dalam program ini bukan sekadar bersifat santai, malah berfungsi sebagai platform komunikasi dua hala antara mahasiswa dan Kerajaan Negeri.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menjadikan ia sebagai satu platform untuk berhubung dengan Kerajaan Negeri Pahang. Kita berikan penerangan yang jelas kepada mahasiswa di seluruh Negeri Pahang mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan serta prestasi Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, program yang melibatkan kira-kira 500 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara itu juga berperanan dalam memperbetulkan salah faham dan persepsi yang kurang tepat dalam kalangan anak muda.

BACA JUGA:  Dua remaja ditahan 'wheelie', seret kepala atas jalan raya

“Kita dapat melihat anak-anak muda, terutamanya mahasiswa, dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Ini penting kerana kita perlu menilai prestasi Kerajaan Negeri berdasarkan kaedah dan pencapaian yang sebenar.

“Kalau prestasi setiap tahun meningkat, itu satu perkara yang baik. Kenapa kita perlu berpatah balik ke belakang? Sebab itu kita menasihatkan anak muda supaya melihat prestasi yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri, khususnya di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa segala perkara positif dan dasar yang baik bukan hanya untuk kepentingan pentadbiran semasa, sebaliknya demi masa depan generasi akan datang, terutamanya mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara.

“Benda yang positif dan baik ini bukan untuk kami, tetapi untuk masa depan, terutamanya untuk mahasiswa pada hari ini,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Ir. Razali Kassim, serta Pengarah Sekretariat Mahasiswa Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...