Mangsa, seorang lelaki berumur 38 tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Jasin, Melaka.
“Kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.07 petang dan hanya melibatkan satu kenderaan, iaitu sebuah motosikal jenis Suzuki DL650XA berwarna biru. Kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal tersebut telah terlanggar seorang pegawai polis yang sedang membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki di lorong kecemasan,” jelas Roslan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mangsa dan pegawai polis yang terbabit terus dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Tambah Roslan, pegawai polis trafik yang terlibat mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan dan kepala, namun setakat ini tiada kecederaan serius dilaporkan. Pegawai tersebut masih menerima rawatan di hospital.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYBERITA








