Pengusaha lori didenda RM150,000 miliki diesel haram

KUALA TERENGGANU – Gara-gara memiliki 29,070.78 liter minyak diesel tanpa lesen tiga tahun lalu, seorang pengusaha syarikat pengangkutan didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Hasdi Mustapa, 45, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Orang Kena Saman (OKS) didakwa memiliki 29,070.78 liter minyak diesel tanpa lesen di sebuah premis di Kampung Cacar, Dungun pada pukul 3.30 pagi, 6 Julai 2023.

Mengikut fakta kes, simpanan minyak diesel itu dijumpai di dalam sebuah lori tangki oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melakukan serbuan di premis berkenaan.

Hasil siasatan mendapati minyak diesel tersebut diisi di dalam lima ruangan tangki sebuah lori milik Fueller Logistics (KL) Sdn. Bhd. yang digunakan bagi penghantaran minyak diesel tidak bersubsidi.

Siasatan lanjut mendapati Hasdi yang merupakan pemilik bersama syarikat berkenaan mengaku mengambil diesel bernilai keseluruhan RM68,888.79 dari beberapa stesen minyak sekitar Paka dan Dungun bagi tujuan penyelewengan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -MYBERITA

BACA JUGA:  Terengganu 'follow' Kelantan, umum cuti tambahan Khamis ini
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...