Ini tiga lagu raya 2026 netizen ‘approve’, sedap didengar… ada jiwa

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, semakin meriah dengan kehadiran beberapa lagu baharu yang bukan sahaja sedap didengar, malah penuh dengan jiwa dan menyuntik semangat perayaan.

Tiga lagu ini mendapat sambutan hangat netizen dan mencatat jumlah tontonan serta streaming yang memberangsangkan dalam masa singkat.

1. “Mama Papa Raya” – Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra & Ammar Ahyan

Lagu “Mama Papa Raya” merupakan single Hari Raya Aidilfitri 2026 yang dinyanyikan secara istimewa oleh usahawan selebriti Dato’ Sri Aliff Syukri bersama isteri beliau, Datin Sri Nur Shahida, dan dua anak mereka, Qadejah El Zahra serta Ammar Ahyan.

Lagu ini diterbitkan pada 26 Februari lepas di bawah label XO House Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Sdn Bhd, berdurasi kira-kira 3 minit 55 saat.

Respon netizen terhadap lagu ini positif, ramai memuji muzik dan video yang menyeronokkan serta mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dalam masa 7 hari, lagu ini berjaya meraih 1.3 juta tontonan di platform digital.

2. “Kecoh Raya” – Tajul & Afieq Shazwan

Lagu raya berbahasa Melayu ini merupakan hasil kolaborasi penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan, diterbitkan oleh FMC Music Sdn Bhd pada 27 Februari lepas dan berdurasi kira-kira 2 minit 58 saat.

Dalam masa 7 hari, lagu ini berjaya mencatat 87 ribu tontonan, membuktikan ia menjadi pilihan ramai untuk menemani sambutan Hari Raya.

3. “Raya 20 Simpang” – Ojenn Aiwahhh

Ojenn Aiwahhh melancarkan lagu baharu ini pada 13 Februari lepas sebagai single rasmi untuk Aidilfitri 2026, diterbitkan oleh Rusa Music Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music. Lagu berdurasi kira-kira 3 minit 5 saat ini membawa tema ceria sambutan raya.

BACA JUGA:  Impian B-23 Malaysia tercalar, tewas mengejut 0-2 kepada Filipina

Dalam masa dua minggu, lagu ini berjaya meraih 408 ribu tontonan sekaligus menunjukkan ia menjadi pilihan ramai penggemar lagu raya baharu.

Ketiga-tiga lagu ini menunjukkan bahawa netizen kini menghargai lagu raya yang bukan sekadar lirik dan muzik catchy, tetapi juga membawa cerita, nostalgia dan semangat kekeluargaan. Dengan jumlah tontonan yang meningkat pesat dalam masa singkat, lagu-lagu ini berpotensi menjadi lagu wajib dengar setiap kali menjelang Syawal.

Untuk mendengar lagu-lagu ini, ia boleh didapati di platform digital seperti Spotify dan YouTube. – MYBERITA

Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...