Murid darjah lima jatuh dari koridor lepas panjat bumbung ambil kasut

MELAKA – Seorang murid lelaki darjah lima mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh dari koridor sebuah sekolah rendah di Batu Berendam ketika cuba mengambil semula kasut rakannya yang berada di atas bumbung laluan pejalan kaki, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, murid berusia 11 tahun berkenaan dipercayai memanjat bahagian bumbung berhampiran garaj kereta guru sebelum hilang imbangan dan terjatuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan murid itu sendiri yang sebelum itu mencampakkan kasut rakannya ke atas bumbung.

Menurut beliau, murid terbabit bertindak memanjat semula ke kawasan berkenaan selepas rakannya berasa marah dan meminta kasut tersebut diambil semula.

“Selepas berjaya mengambil kasut itu, mangsa dipercayai cuba memanjat semula tembok koridor sebelum tergelincir lalu terjatuh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, murid berkenaan menerima rawatan dan hanya mengalami luka ringan akibat kejadian tersebut.

Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah sekolah rendah di Batu Berendam sehingga menyebabkan mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BACA JUGA:  Penunggang motosikal maut dirempuh selepas pemandu Maserati buat \"u-turn\" berbahaya
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Sambutan HAWANA 2026 angkat tema ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’ di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026...

Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Dunia seni tanah air dikejutkan dengan...

Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir minggu ketiga TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan seni penyanyi muda, Althea bersama...

Jangan sekadar statistik, pendidikan perlu ada hasil – Zambry

KUALA LUMPUR - Kongres Pendidikan Bumiputera tampil dengan pendekatan...

Agong, Raja Permaisuri seru kebajikan pekerja terus diperkasa

KUALA LUMPUR - Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah...