MELAKA – Teka-teki mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akhirnya terjawab apabila DUN negeri itu akan dibubarkan esok, 23 September, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Pembubaran berkenaan menamatkan spekulasi mengenai tarikh sebenar DUN Melaka akan dibubarkan selepas Ab Rauf sebelum ini beberapa kali memberi bayangan bahawa perkara itu boleh…
- Pada 17 September lalu, beliau dilaporkan berkata tarikh pembubaran masih belum ditetapkan kerana terdapat beberapa urusan pentadbiran kerajaan negeri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
- DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi pada PRN lalu, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan…
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pembubaran berkenaan menamatkan spekulasi mengenai tarikh sebenar DUN Melaka akan dibubarkan selepas Ab Rauf sebelum ini beberapa kali memberi bayangan bahawa perkara itu boleh berlaku dalam masa terdekat.
Pada 17 September lalu, beliau dilaporkan berkata tarikh pembubaran masih belum ditetapkan kerana terdapat beberapa urusan pentadbiran kerajaan negeri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi pada PRN lalu, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Pembubaran DUN itu seterusnya membuka laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan proses berkaitan pilihan raya negeri berkenaan.
Berita selanjutnya menyusul. – MYBERITA
