Selasa | 22/09/2026 | 6:59:18 pm
HomeNasionalNegeriKemelut Negeri Sembilan: SUK, Penasihat Undang-Undang digantung tugas serta-merta

Kemelut Negeri Sembilan: SUK, Penasihat Undang-Undang digantung tugas serta-merta

SEREMBAN – Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan memasuki perkembangan baharu apabila Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan secara sebulat suara untuk menggantung tugas dua pegawai kanan kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta.

RINGKASAN BERITA
  • Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.
  • Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas MMKN hari ini.
  • Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali akan menjalankan tugas SUK sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baharu dinamakan…
  • Dalam kenyataan sama, Ismail menegaskan kedudukan semua Ahli MMKN masih kekal dan sah serta pentadbiran kerajaan negeri akan terus beroperasi seperti biasa.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas MMKN hari ini. 

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali akan menjalankan tugas SUK sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baharu dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, tugas memberikan nasihat perundangan kerajaan negeri akan dilaksanakan peguam bela dan peguam cara, Fahmi Adilah sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara. 

“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ismail menegaskan kedudukan semua Ahli MMKN masih kekal dan sah serta pentadbiran kerajaan negeri akan terus beroperasi seperti biasa.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah masih kekal dan sah.

“Pada masa yang sama, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan pertikaian institusi dan perlembagaan yang berlarutan. Sebelum ini, Mohd Zafir dilaporkan menyatakan Pejabat SUK tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi yang dipertikaikan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar selepas merujuk nasihat Jabatan Peguam Negara. 

Terdahulu hari ini, Ismail dan 10 Ahli MMKN dilaporkan masih meneruskan tugas rasmi masing-masing di Wisma Negeri. Ismail sebelum ini mempertikaikan kesan tindakan membatalkan pelantikan barisan MMKN dan menegaskan kedudukan mereka masih sah.  – Facebook

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|