Sabtu | 26/09/2026 | 4:12:39 pm
HomeHiburanZahnita Wilson selamat bergelar isteri, sah nikah dengan Farouk Osman

Zahnita Wilson selamat bergelar isteri, sah nikah dengan Farouk Osman

CYBERJAYA – Pelakon dan model, Zahnita Wilson, 41, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus, 46, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan pagi tadi.

Pasangan itu disatukan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri keluarga, saudara-mara serta rakan terdekat.

Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, dinikahkan abangnya, Mohd Julian Hussein, dan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Dalam majlis tersebut, Zahnita menerima mas kahwin sebanyak RM300, manakala hantaran perkahwinan berupa dua bentuk cincin serta kelengkapan solat.

Kedua-dua mempelai turut tampil sedondon mengenakan persalinan pernikahan serba putih hasil sentuhan Ruby Signature.

Perkahwinan itu menjadi lembaran baharu buat Zahnita selepas sebelum ini pernah bergelar isteri kepada Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor.

Pasangan berkenaan bagaimanapun memutuskan untuk berpisah selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat cahaya mata.

Kini, Zahnita kembali membuka lembaran baharu dalam kehidupan bersama Farouk selepas sah bergelar suami isteri. – UTUSAN MALAYSIA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 26 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|