Ammar Ahyan diraba ketika bantu promosi produk bapa

KUALA LUMPUR – Ammar Ahyan, 17 tahun, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, mendedahkan pengalaman tidak menyenangkan apabila didakwa diraba ketika sedang membantu mempromosikan produk keluarganya di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut berlaku ketika Ammar sedang mengedarkan jeruk mangga dan tudung percuma sempena promosi beg keluaran keluarganya yang sedang mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records.

“Saya kena raba di pinggang dan ketiak. Saya tidak kisah jika orang mahu bergambar atau bersembang, tetapi bila sudah melampaui batas, saya terus hilang minat,” kata Ammar.

Walaupun kecewa, Ammar kekal tenang dan menerima nasihat ibunya, Datin Seri Nur Shahida, agar tidak terbawa emosi dan melihat perkara itu sebagai satu pengalaman hidup.

Ammar memilih untuk memaafkan individu berkenaan dan mengambil sisi positif daripada kejadian tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri sedang giat mempromosikan koleksi beg denim terbaharunya yang akan dilancarkan secara eksklusif menerusi siaran langsung TikTok @Papalaris pada 3 Ogos 2025, jam 8 malam.

Aliff menyasarkan untuk memecahkan rekod jualan terpantas di Malaysia dengan sasaran RM1 juta dalam tempoh kurang lima minit melalui penjualan 30,000 beg pada harga RM75 setiap satu.

Setiap pembelian beg denim akan disertakan dengan cabutan bertuah ‘Gores dan Menang’ yang menawarkan hadiah lumayan seperti pakej menunaikan umrah, barang kemas, motosikal, kereta, dan percutian mewah di resort milik Aliff Syukri.

Keluarga Aliff Syukri dilihat terus menerima sokongan baik daripada peminat dan pelanggan.

Mereka juga kekal aktif mempromosikan produk dengan cara unik dan kreatif, menjadikan setiap kempen jualan mereka sentiasa mencuri perhatian ramai.

BACA JUGA:  Kes rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dan isteri mohon gantung bicara, mahkamah tetapkan 9 April
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...