Isnin | 12/10/2026 | 6:15:52 pm
HomeJenayahMat rempit, samseng jalanan bakal berdepan hukuman penjara mulai November

Mat rempit, samseng jalanan bakal berdepan hukuman penjara mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk golongan mat rempit bakal berdepan hukuman lebih berat termasuk penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai 1 November ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata pindaan yang sudah diluluskan Parlimen itu kini hanya menunggu proses pewartaan akhir selepas JPJ menerima pandangan Jabatan Peguam Negara.

Katanya, pindaan berkenaan akan memperkukuh tindakan terhadap individu yang terbabit dalam perlumbaan haram, kegiatan samseng jalanan serta perbuatan menunggang atau memandu secara berbahaya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|