Isnin | 12/10/2026 | 4:49:41 pm
HomeBelasungkawa"Asiah bangun, kita dah nak sampai hospital" - Rayuan bapa sebelum anak...

“Asiah bangun, kita dah nak sampai hospital” – Rayuan bapa sebelum anak meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tampil membantu menghantar mangsa kemalangan di Jalan Kuching ke hospital berkongsi detik pilu apabila mendengar rayuan seorang bapa yang tidak putus-putus memanggil nama anak perempuannya, Asiah Ahmad Syahir, 5, sepanjang perjalanan mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads, Muhammad Auzaie, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas melawat isteri dan anaknya di hospital.

Menurutnya, dia pada mulanya hanya mahu melihat keadaan di lokasi kejadian sebelum mengambil keputusan untuk membantu selepas ternampak seorang bapa memeluk anaknya sambil menangis dan meminta pertolongan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|