Rabu | 14/10/2026 | 5:09:24 am
HomeNasionalIbu maut, ayah dan 3 anak cedera dalam kemalangan

Ibu maut, ayah dan 3 anak cedera dalam kemalangan

HULU TERENGGANU – Seorang doktor wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 416.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata mangsa, Dr Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 4.50 pagi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 14 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|