Layanan ‘ala kadar’ Hospital Jempol, ibu pesakit derita tanpa ubat selama 10 jam

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @wan_takaful mendakwa menerima layanan yang kurang memuaskan terhadap ibunya yang sedang dirawat di Hospital Jempol, Negeri Sembilan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok pada Rabu, Wan_Takaful mendakwa ibunya dibiarkan menunggu selama lebih empat jam sebelum mendapat bilik rawatan selepas tiba di hospital tersebut pada awal pagi.

Video berdurasi lebih lima minit itu kini tular dengan ribuan tontonan dan komen daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.

@wan_takaful Update tentang isu layanan di #hospitaljempol #negerisembilan . Semua perbualan dengan Doktor yang sy ceritakan ni ade voice recording .. #sispaa #kkm #wantakaful #fyp @KKMalaysia 🇲🇾 ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menurutnya, keadaan menjadi lebih serius apabila ibunya, yang sepatutnya menerima rawatan selama lima hari, terpaksa ditahan hampir tiga minggu atas pelbagai alasan, termasuk menunggu keputusan ujian darah dan status positif Covid-19.

“Bayangkan, ibu saya mula demam dan mengadu sakit pada tangan kerana jarum drip tidak ditukar selama tujuh hari. Kami minta ubat tahan sakit, tapi hanya diberi jawapan ‘tunggu doktor’. Dari pukul 2 pagi hingga 1 tengah hari baru dapat ubat. Itu pun selepas saya sendiri bersuara dengan doktor,” katanya dalam video tersebut.

Tambah beliau, walaupun bacaan kesihatan ibunya menunjukkan keadaan stabil, doktor masih enggan membenarkan pesakit keluar, menyebabkan beliau akhirnya membuat keputusan untuk menandatangani borang pelepasan tanggungjawab dan memindahkan ibunya ke hospital lain.

Video itu turut mendedahkan beberapa dakwaan lain seperti kelewatan staf bertindak balas terhadap panggilan pesakit dan kurangnya komunikasi antara petugas kesihatan dan waris.

Susulan video tersebut, Wan_Takaful memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan rasmi kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan turut dipanggil untuk menghadiri perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan hospital.

BACA JUGA:  ‘Rider sailang\' mengejut, undang kecaman selepas cetus pelanggaran dua kenderaan

“Kalau ada antara anda yang pernah alami perkara sama, komen saja. Saya akan cetak setiap satu dan bawa waktu mesyuarat nanti,” katanya, menyeru orang ramai agar berani bersuara.

Setakat ini, pihak Hospital Jempol belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...