Selasa | 13/10/2026 | 3:17:38 pm
HomeHiburanAina anggap pujian bukan miliknya, persembahan bersama Melly sebagai hikmah

Aina anggap pujian bukan miliknya, persembahan bersama Melly sebagai hikmah

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aina Abdul menyifatkan detik berdiri sepentas dengan penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw dalam konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite baru-baru ini sebagai pengalaman penuh emosi yang tidak seharusnya diraikan secara berlebihan.

Disanjung sebagai “penyelamat konsert” oleh netizen susulan persembahannya yang memukau menerusi lagu Cinta, Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 32, tampil merendah diri dan menegaskan bahawa tumpuan sebenar harus kekal kepada Melly yang tetap komited menghibur meskipun sedang bergelut dengan masalah kesihatan.

“Saya tak mahu bersorak atas pujian itu kerana saya tahu keadaan sebenar. Melly tak sihat malam itu, tapi dia tetap profesional dan teruskan persembahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media Raise The Star Malaysia di ibu negara, semalam.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|