Tujuh pingat jadi sasaran Malaysia di WUG 2025

PUTRAJAYA – Tujuh pingat tanpa mengira warna menjadi sasaran kontinjen Malaysia dalam misi ke Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 yang akan berlangsung di Rhine Ruhr, Jerman dari 17 hingga 27 Julai ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Prof. Madya Dr. Mohd. Hafiz Yusoff pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambri Abdul Kadir, sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hafiz, penetapan sasaran itu adalah berdasarkan prestasi semasa barisan atlet negara, selain mengambil kira beberapa perubahan dalam senarai acara yang dipertandingkan berbanding edisi lalu.

“Kita telah meletakkan sasaran sebanyak tujuh pingat tanpa mengira warna kerana kita sudah melakukan analisis selain melihat senario semasa, terutamanya yang melibatkan acara-acara sukan kita tahun ini.

“Selain itu, ada juga beberapa acara yang menyumbang pingat sebelum ini tidak dipertandingkan. Oleh itu, sasaran tujuh pingat tanpa mengira warna adalah realistik,” katanya ketika ditemui selepas majlis.

Pada edisi kali ini, kontinjen negara membariskan seramai 64 atlet terdiri daripada 39 lelaki dan 25 wanita. Atlet pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang mewakili negara.

Malaysia bakal mengambil bahagian dalam enam daripada 19 jenis sukan yang dipertandingkan, iaitu gimnastik artistik, badminton, memanah, olahraga, renang dan taekwondo.

Antara sandaran utama negara termasuk Azeem sendiri selaku jaguh pecut tanah air, pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Umar Osman serta trio memanah wanita, Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil, yang dijangka mampu menyumbang pingat dalam temasya berprestij ini.

Temasya Sukan Universiti Dunia 2025 dijangka menyaksikan penyertaan atlet pelapis terbaik dari seluruh dunia, sekali gus menjadi platform penting untuk mengukur potensi atlet negara ke peringkat antarabangsa.

BACA JUGA:  Siasatan Isu UKM: Tindakan susulan diserah kepada pihak universiti - Zambry
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...