Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Semasa Pekerja TNB redah semak tebal untuk periksa meter elektrik rumah usang

[VIDEO] Pekerja TNB redah semak tebal untuk periksa meter elektrik rumah usang

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa meredah semak-samun tebal demi menjalankan tugas memeriksa meter elektrik di sebuah rumah usang, dipercayai milik seorang warga emas.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok Rider KILOWATT, kejadian tersebut dirakam ketika pekerja berkenaan menempuh laluan dipenuhi semak di kawasan sekitar ibu kota.

@riderkilowatt Sapa nak sewa rumah murah dalam kl..cepat2 pm..Demi sebiji meter..🤣🤣 #meterreader #abgapi #riderkilowatt #tnb #fyp ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Keadaan itu dilihat menyukarkan proses pemeriksaan kerana meter elektrik berada di bahagian belakang rumah yang tidak terurus.

Difahamkan, rumah berkenaan tidak lagi disewakan atau didiami disebabkan keadaannya yang terlalu usang dan tidak selamat untuk dihuni.

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi warganet, rata-rata terkejut melihat keadaan kediaman tersebut yang seolah-olah terbiar sekian lama.

Ada juga yang memuji kesungguhan pekerja TNB terbabit kerana tetap menjalankan tugas walaupun berdepan situasi mencabar.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-