Isnin | 12/10/2026 | 7:29:57 pm
HomeSemasaAPM selamatkan dua ekor kambing panik atas bumbung

APM selamatkan dua ekor kambing panik atas bumbung

KOTA BHARU – Dua ekor anak kambing yang terperangkap di atas bumbung sebuah banglo di Kampung Kubang Kachang, di sini pagi tadi, berjaya diselamatkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan selepas hampir sejam operasi dijalankan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd. Saiful Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 pagi daripada pemilik haiwan berusia 54 tahun yang dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota APM menggunakan tangga dan tali untuk memanjat bumbung setinggi enam meter bagi mengeluarkan dua ekor kambing tersebut. Proses itu mengambil masa hampir sejam kerana haiwan berkenaan kelihatan panik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|