Dedah gaji cecah RM5,000 sebulan, pekerja warga asing tak mahu pulang Bangladesh

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga asing dari Bangladesh mencuri perhatian apabila mendedahkan pendapatannya di Malaysia mencecah antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan selepas hampir 10 tahun menetap di negara ini.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok @SyokGeng, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia sanggup bekerja sehingga 10 jam sehari tanpa cuti bagi memastikan pendapatan bulanannya stabil.

“Saya sudah berada di Malaysia selama 10 tahun dan gaji saya dalam RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Sehari saya akan bekerja 10 jam dan tak ada cuti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pengalaman hidup dan bekerja di sini, lelaki itu berkata dia berasa sangat selesa sehingga tidak lagi berhasrat untuk kembali ke tanah kelahirannya.

“Duduk, kerja dan tidur di Malaysia sangat okay sampaikan saya dah lama tak balik (Bangladesh). Kat sini semuanya okay, tak ada yang tak okay. Yang tak okay Bangladesh saja,” ujarnya sambil tersenyum.

Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada yang kagum dengan kesungguhan lelaki tersebut mencari rezeki di negara orang, tidak kurang juga yang membandingkan tahap gaji dan kos sara hidup rakyat tempatan.

Situasi ini sekali lagi membuka perbincangan tentang peranan pekerja asing dalam sektor pekerjaan di Malaysia serta daya tahan mereka dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang mencabar.

BACA JUGA:  “Bukan harga yahudi!”, Ojen Aiwah pertahan harga kunafah di Singapura
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...