Suami Azar Azmi mengaku tak bersalah, rayu jaminan dikurangkan

SEREMBAN — Seorang lelaki yang juga suami kepada pelakon Azar Azmi merayu jaminan minimum di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu melibatkan urusan penjualan tanah kurniaan yang tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, yang tidak diwakili peguam membuat rayuan itu dengan alasan isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung sembilan orang anak.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya menghidap beberapa penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

Pengakuan tidak bersalah itu direkodkan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran berjumlah RM270,811 secara dalam talian ke akaun milik seorang wanita berusia 35 tahun bagi mendapatkan tanah kurniaan negeri Selangor yang sebenarnya tidak wujud.

Perbuatan itu menyebabkan mangsa menyerahkan wang berkenaan, yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 2 April 2025 hingga 13 November 2025 di sebuah bank di daerah ini.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk” yang juga tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 22 Januari 2025 hingga 9 November 2025 di sebuah pejabat di Seremban 2.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.

BACA JUGA:  13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar KV Lahad Datu

Mahkamah Sesyen menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin yang bukan isterinya, manakala Mahkamah Majistret menetapkan jaminan RM3,000.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 15 April depan.

Sebelum ini media melaporkan tertuduh bersama pelakon wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penjualan tanah lot kurnia yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.5 juta.

Beberapa hari kemudian, polis daerah ini memaklumkan tertuduh turut disiasat berkaitan kes penipuan tawaran gelaran Datuk sebelum disiasat pula oleh polis Kuala Lumpur berhubung kes penipuan pelaburan lembu. – MYBERITA

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...