Malaikat Malam raih RM10.2 juta lepas seminggu tayangan

KUALA LUMPUR – Filem yang mengangkat dunia permotoran jalanan, Malaikat Malam, terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM10.2 juta bagi tayangan awal dan minggu pertama, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat perhatian tahun ini.

Sejak ditayangkan pada 26 Mac lalu, filem ini menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji ia berjaya mengimbau kembali era filem dunia permotoran yang pernah popular satu ketika dahulu.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata warganet memuji kekuatan lakonan para pelakon, penceritaan yang menarik, serta pendekatan berani yang dibawakan dalam genre aksi motosikal. Kejayaan ini membuktikan bahawa karya anak muda, Nazifdin Nasrudin, berjaya meraih keyakinan penonton.

Menurut Pengerusi Skop Productions dan Penerbit Eksekutif Malaikat Malam, Datuk Dr. Yusof Haslam, beliau amat bersyukur dengan sambutan luar biasa daripada penonton.

“Kami amat berterima kasih dengan sokongan penonton. Apa yang lebih bermakna ialah apabila mereka sendiri mengangkat filem ini dan berkongsi pengalaman mereka. Pencapaian ini menunjukkan bahawa kisah yang dekat dengan realiti masyarakat, digabungkan elemen hiburan yang kuat, mampu menarik minat ramai,” katanya.

Dengan momentum yang masih kuat, Malaikat Malam dijangka terus menarik penonton ke pawagam pada minggu-minggu akan datang. Pada 3, 4, dan 5 April, barisan pelakon filem ini akan turun ke Selatan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan untuk bertemu penonton serta peminat di pawagam.

Filem ini mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, menceritakan perjalanan seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna, dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

BACA JUGA:  Papa Zola The Movie cetus fenomena, berjaya kutip RM10 juta dalam masa singkat

Malaikat Malam membariskan pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi dan Akmal Asyraf.

Filem ini diterbitkan dengan kerjasama beberapa pemain industri utama seperti Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios, dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara. Orang ramai yang masih belum menonton disarankan untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Malaikat Malam di pawagam berhampiran. – MYBERITA

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...