Sharnaaz Ahmad seronok hidup solo, serah urusan jodoh pada Allah

PUTRAJAYA – Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, memilih untuk menikmati kehidupan solo tanpa terburu-buru mencari pasangan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada ketentuan Allah.

Sharnaaz, 40, yang kini lima tahun bergelar duda, berkata dia menghargai setiap detik yang dijalani dan percaya jodoh yang tepat akan hadir pada waktunya.

“Saya belum bertemu dengan yang sesuai. Bukan maksudnya mencari yang ‘perfect 10’, tetapi saya percaya apabila waktunya tiba, jodoh itu akan hadir sendiri,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Magik Rompak di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

Aktor kelahiran Pulau Pinang ini turut mengakui walaupun ada wanita yang mendekati, hatinya belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Bagaimanapun, dia tidak menolak jika jodoh hadir sendiri.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Ada cabarannya juga, contohnya bila sakit atau semasa perayaan, kita rasa perlukan teman. Tapi saya okay, gembira sahaja. Allah bagi saya banyak rezeki lain, cuma bahagian jodoh belum tiba,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz muncul dengan filem baharu, Magik Rompak, yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 11 September ini. Filem arahan Adrian Teh itu turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Zul Ariffin, Nadhir Nasar, Amelia Henderson, Yasmin Hani, Fabion Loo dan Miller Khan.

Sharnaaz berharap karya terbaharunya itu mampu memberi hiburan dan pengalaman berbeza buat penonton sambil dia sendiri terus menikmati detik hidup dengan penuh kesyukuran.

BACA JUGA:  Malaikat Malam raih RM10.2 juta lepas seminggu tayangan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...