Pak Lah meninggal dunia akibat masalah pernafasan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun selepas mengalami masalah pernafasan yang serius.

Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Menurut Pakar Perubatan IJN, Dr. Azmee Ghazali, Allahyarham dimasukkan ke hospital seawal pukul 1 pagi selepas mengalami sesak nafas yang berterusan.

“Arwah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sesak nafas bermula pukul 1 pagi sehingga 7.10 malam tadi. Masalah utama adalah disebabkan kesukaran bernafas,” katanya dalam sidang media yang diadakan di IJN malam tadi.

Tambah beliau, pasukan perubatan telah memberikan rawatan terbaik termasuk bantuan pernafasan, namun kesihatan Tun Abdullah tidak menunjukkan perubahan positif.

“Kami sudah buat segalanya dan memberikan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, dengan segala usaha yang kami lakukan, Tun tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Dr. Azmee turut memaklumkan bahawa faktor usia turut menyumbang kepada keadaan kesihatan Allahyarham yang semakin merosot.

“Selain itu, salah satu faktor pemergian arwah adalah usia. Faktor usia memainkan peranan yang besar dalam hal ini,” ujarnya.

Tun Abdullah yang mesra dikenali sebagai ‘Pak Lah’ merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dan pernah menerajui pentadbiran negara dari tahun 2003 hingga 2009. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

BACA JUGA:  Watie keguguran, netizen sebak dengar luahan hati isteri Shuib
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...