Polis siasat video palsu guna wajah Sultan Pahang, disyaki hasil teknologi AI

PEKAN – Polis Pahang giat mengesan individu di sebalik penyebaran beberapa video palsu yang memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, video-video tersebut dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan disebarkan menerusi beberapa akaun TikTok palsu yang mendakwa baginda menawarkan bantuan kepada rakyat.

“Kita telah menerima satu laporan polis daripada pihak Istana Pahang berhubung penyebaran video berkenaan dan kes telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pahang di Dewan Seri Temenggung, hari ini.

Menurut Yahaya, siasatan awal mendapati kandungan palsu tersebut digunakan untuk tujuan penipuan dan memperdaya masyarakat, selain menjatuhkan imej institusi diraja.

Tambah beliau, akaun TikTok yang digunakan seperti ‘datuk_abdul_majid’, ‘datokfahrolaziz07’ dan ‘datuk_abdul_majid7’ dikenal pasti sebagai akaun palsu, dan pihaknya sedang mengesan pemilik sebenar akaun terbabit.

Sementara itu, pihak Istana Pahang menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Kesultanan Pahang menegaskan bahawa Al-Sultan Abdullah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi.

“Segala titah dan aktiviti rasmi baginda hanya disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang yang kini mempunyai lebih 725,000 pengikut,” menurut kenyataan itu.

Istana turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan kandungan video palsu dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

BACA JUGA:  KA catat jualan RM42 juta, rancang buka kilang ketiga
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...