KUALA LUMPUR – Tindakan mencuit lengan pempengaruh media sosial, Iddin Ramli ketika bacaan doa dalam siaran langsung sebelum waktu berbuka puasa mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, sekali gus meletakkan cef selebriti terkenal, Cef Wan dalam kecaman.
Insiden yang berlaku beberapa saat sebelum azan Maghrib berkumandang itu menjadi tular di media sosial apabila ada pihak mendakwa tindakan Cef Wan seolah-olah tidak menghormati individu yang sedang berdoa.
@muhdfaiqz_ Layan je laa🤣 @Iddin Ramli @chefwan @Nana Mahazan @Amin Idris #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ ♬ original sound – Muhdfaiqz_
Bagaimanapun, Cef Wan tampil memberi penjelasan bahawa situasi sebenar di studio ketika itu jauh berbeza daripada persepsi yang dibentuk di media sosial.
Menurutnya, bacaan doa yang disampaikan Iddin agak panjang sehingga kru produksi termasuk ‘floor manager’ dan pengarah terpaksa memberi isyarat beberapa kali supaya ia disingkatkan memandangkan waktu siaran hampir tamat dan azan bakal berkumandang.
@jebatiskandar7 NASIB LA CHEF WAN CUIT KALAU TAK JAUH LAGI DOA TU #1000000views #popular #share #masukberanda #ramadan2026 ♬ bunyi asal – Jebat Iskandar
Beliau menjelaskan bahawa dalam siaran langsung, setiap detik amat penting dan jadual perlu dipatuhi bagi mengelakkan gangguan kepada waktu azan serta perjalanan program.
Cef Wan turut mengakui pada awalnya berasa serba salah untuk menegur, namun mengambil keputusan mencuit lengan Iddin selepas melihat keadaan semakin cemas dalam kalangan kru produksi.
“Saya cuma ikut arahan ‘floor manager’. Ini siaran langsung, masa tidak menunggu kita,” katanya menerusi hantaran di TikTok.
Sementara itu, Iddin sebelum ini mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa beliau tidak menyedari kekangan masa kerana itu merupakan pengalaman pertamanya menyertai program siaran langsung.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya sengaja menunjuk-nunjuk ketika membaca doa, sebaliknya menegaskan niatnya hanyalah untuk memimpin doa sebelum berbuka puasa.

