Miliki ‘deria keenam’, Olla Ramlan akui menangis di lokasi penggambaran Walid

KUALA LUMPUR – Pelakon Indonesia, Olla Ramlan berkongsi pengalaman mencabar sepanjang menjalani penggambaran siri Walid di lokasi pedalaman Malaysia yang jauh daripada kemudahan moden.

Menurut Olla, antara cabaran utama adalah keadaan tempat tinggal yang serba terbuka selain lokasi penggambaran yang terletak di kawasan hutan.

“Ya, itu saya menangis pertama kali. Takut. Mungkin takut. Biliknya tertutup sedikit saja, jadi semua serangga boleh masuk ke bilik saya,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, dia juga memiliki ‘deria keenam’ yang membuatkan dirinya lebih sensitif terhadap suasana tertentu ketika berada di lokasi penggambaran.

“Saya ada anugerah. Saya boleh melihat benda ghaib. Jadi memang ada rasa takut. Tapi saya kena lupakan, kalau tidak stres,” ujarnya.

Selain faktor persekitaran, Olla mengakui cabaran terbesar adalah dari segi bahasa apabila skrip diberikan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

“Cabaran pertama adalah skrip dalam bahasa Malaysia yang saya tidak faham. Jadi saya baca dulu, terjemah perlahan-lahan. Habis terjemah, hafal lagi. Lepas itu baru boleh berlakon.

“Kedua, semua kru bercakap bahasa Malaysia. Jadi kadang-kadang saya minta ulang dalam bahasa Indonesia.

“Kita shooting lebih ke pedalaman, ke hutan-hutan. Rumah penginapan bukan hotel. Dari bilik ke tandas pun 70 meter. Untuk mandi, tak ada air panas. Air gunung sangat dingin. Seronok, tapi stres juga. Namun ini pengalaman baru yang mengagumkan,” kongsinya.

Bagaimanapun, Olla memuji layanan mesra barisan pelakon dan kru produksi yang memudahkan proses pembentukan keserasian sepanjang penggambaran.

“Sejauh ini semuanya sangat mesra. Aktor-aktornya baik-baik. Chemistry mudah sahaja untuk dapatkan. Lawan dialog juga enak, hafalan bagus. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Saya gembira,” katanya.

Siri Walid yang merupakan Viu Original 12 episod terbitan Rumah Karya Citra mula ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu sejak 26 Februari lalu.

BACA JUGA:  MRT jadi pilihan warga kota ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya

Ia turut menggabungkan semula pencipta dan penulis skrip Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi siri Bidaah. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...