Isnin | 12/10/2026 | 2:44:06 pm
HomeNasionalNegeriAhli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas langgar penghadang jalan

Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas langgar penghadang jalan

LIPIS – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), semalam.

Kejadian berhampiran Kechau Tui itu berlaku ketika Siti Zailah, 63, bersama anak perempuannya berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan, menuju Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila anak perempuan Siti Zailah yang memandu SUV berkenaan hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas lalu melanggar penghadang jalan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|