Isnin | 12/10/2026 | 2:58:23 pm
HomeGaya Hidup'Piu piu' bukan hiburan, boleh rosakkan masa depan anak muda

‘Piu piu’ bukan hiburan, boleh rosakkan masa depan anak muda

KUALA LUMPUR – Budaya menjadikan keadaan khayal akibat penyalahgunaan dadah sintetik dikenali sebagai ‘piu piu’ sebagai bahan hiburan di media sosial dikhuatiri mendorong lebih ramai golongan muda, termasuk remaja bawah umur, untuk mencuba bahan terlarang itu.

Lebih membimbangkan, tindakan segelintir individu merakam dan memuat naik video ketika berada dalam keadaan khayal berisiko mewujudkan persepsi bahawa penyalahgunaan dadah merupakan perkara biasa, sekali gus mengaburkan kesan buruknya terhadap kesihatan dan masa depan.

Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff berkata, trend berkenaan perlu dipandang serius kerana kandungan yang tular berpotensi mempengaruhi tingkah laku penonton, khususnya golongan muda.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|