Selasa | 13/10/2026 | 11:42:33 am
HomeSemasaHarimau Malaya cemerlang, tewaskan Nepal 2-0

Harimau Malaya cemerlang, tewaskan Nepal 2-0

JOHOR BAHRU – Skuad kebangsaan Malaysia memulakan kempen pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 dengan langkah kanan selepas menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan ini memberi kelegaan buat ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang mengendalikan perlawanan pertamanya sejak dilantik pada Disember lalu.

Malaysia membuka jaringan menerusi pemain naturalisasi, Hector Hevel, pada minit ke-30 selepas rembatan derasnya dari luar kotak penalti terbias masuk ke gawang lawan, menewaskan penjaga gol Nepal, Kiran Kumar Limbu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|