Sabtu | 19/09/2026 | 6:42:53 am
HomeHiburan"Tiada kaitan dengan Fattah", Erma Fatima nafi watak Ansara berdasarkan realiti

\”Tiada kaitan dengan Fattah\”, Erma Fatima nafi watak Ansara berdasarkan realiti

SHAH ALAM – Penerbit dan penulis skrip drama Keluarga Itu, Erma Fatima menegaskan bahawa watak ‘Ansara’ yang dilakonkan oleh Fattah Amin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan sebenar pelakon tersebut.

RINGKASAN BERITA
  • Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 57, skrip drama itu telah disiapkan lebih awal, sebelum berlaku kemelut rumah tangga antara Fattah dan…
  • Jelasnya lagi, watak tersebut telah ditawarkan kepada Fattah sebelum perpisahan pasangan itu berlaku.
  • Mengulas tentang keberkesanan lakonan Fattah yang menyentuh hati penonton, Erma berpandangan bahawa pelakon itu berjaya menghidupkan wataknya dengan baik.
  • Sebelum ini, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin tidak menafikan bahawa terdapat sedikit persamaan antara watak yang dilakonkan dengan kehidupannya.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 57, skrip drama itu telah disiapkan lebih awal, sebelum berlaku kemelut rumah tangga antara Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura.

\”Saya tulis skrip cerita itu sebelum dia dan Fazura bercerai, jadi jangan buat spekulasi.\”

Jelasnya lagi, watak tersebut telah ditawarkan kepada Fattah sebelum perpisahan pasangan itu berlaku.

\”Jelas di sini, tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar dia. Tiada kaitan dengan kisah hidup Fattah.\”

Mengulas tentang keberkesanan lakonan Fattah yang menyentuh hati penonton, Erma berpandangan bahawa pelakon itu berjaya menghidupkan wataknya dengan baik.

\”Mungkin dia dapat menjiwai watak tersebut kerana ketika itu rumah tangganya sedang bergolak.\”

Sebelum ini, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin tidak menafikan bahawa terdapat sedikit persamaan antara watak yang dilakonkan dengan kehidupannya.

Namun, sebagai seorang pelakon profesional, dia hanya melaksanakan tanggungjawab berdasarkan arahan pengarah dan skrip yang diberikan. – MYBERITA

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 19 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|