Faisal Halim terus cemerlang, bantu kemenangan tipis Selangor FC

KUALA LUMPUR – Aksi bertenaga pemain kebangsaan, Faisal Halim, terus menghadirkan impak besar buat Selangor FC apabila membantu kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Faisal memainkan peranan penting apabila bijak menghidu ruang dan melakukan hantaran tepat kepada Alvin Fortes, yang kemudiannya menyempurnakan jaringan tunggal perlawanan sekaligus memastikan kemenangan buat Gergasi Merah.

Kejayaan itu turut menjadi kebangkitan sempurna selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Kuching City pada 16 Mac lalu.

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, nyata berpuas hati dengan prestasi pasukan namun tetap menegaskan bahawa kejayaan itu adalah hasil usaha kolektif semua pemain, bukan hanya bergantung kepada kombinasi Faisal dan Fortes.

“Semasa menyerang, semua pemain saling berhubung dan bekerjasama. Bukan hanya Faisal dan Fortes, tetapi semua memainkan peranan penting,” katanya.

Menurut Kinoshi, Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey, memiliki mentaliti kuat dan layak menjadi kapten yang mampu memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.

Walaupun Selangor sudah mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super, jurulatih dari Jepun itu menegaskan penting untuk pasukan menamatkan musim ini dengan keputusan positif dalam baki perlawanan.

“Kami berada di tangga kedua dan tidak boleh tewas dua kali berturut-turut. Fokus kami adalah untuk dapatkan mata maksimum sehingga tamat saingan,” ujarnya.

BACA JUGA:  Syed Saddiq harap keadilan terpelihara dalam prosiding rayuan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...