11,400 tiket Final Piala Malaysia Sri Pahang sudah terjual

KUANTAN – Sebanyak 11,400 daripada 33,600 tiket yang diperuntukkan kepada Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) bagi aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta\’zim (JDT) telah terjual setakat ini.

Menurut sumber kelab, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,134 tiket dibeli secara dalam talian, manakala 3,266 tiket lagi dibeli secara pukal oleh penyokong skuad Tok Gajah.

\”Masih berbaki 22,200 tiket dan kami yakin peminat setia Sri Pahang akan hadir memberi sokongan padu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini,\” katanya.

SPFC turut percaya bahawa kehadiran peminat akan menjadi pembakar semangat kepada pasukan untuk menewaskan skuad Harimau Selatan pada aksi yang dinantikan itu.

Sebelum ini, SPFC memaklumkan bahawa semua tiket hanya dijual secara dalam talian melalui laman web tickethotline, tanpa sebarang jualan fizikal. Harga tiket termasuk caj tambahan dan setiap transaksi dihadkan kepada empat keping.

Empat kategori tiket ditawarkan iaitu RM54.59, RM75.19, RM157.59 dan RM209.09.

BACA JUGA:  Pahang isytihar vape haram
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...