Aaron-Wooi Yik bertekad tewaskan beregu Jepun dalam pertemuan akan datang

KUALA LUMPUR – Kekalahan tipis 21-12, 20-22, 21-23 pada aksi Piala Sudirman minggu lalu di Xiamen masih menghantui pasangan utama negara itu, terutamanya selepas mereka diletakkan harapan untuk menyumbang mata penting kepada skuad Malaysia, yang akhirnya tewas 2-3.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Aaron mengakui mereka menunjukkan peningkatan dalam permainan, namun gagal menamatkan aksi pada mata-mata kritikal.

\”Kami dah main dengan betul, bukan mustahil untuk menang. Cuma bila sampai mata penting, tak dapat nak \’convert\’. Mungkin faktor nasib juga,\” katanya.

Aaron turut mengakui tekanan pertemuan itu bertambah apabila rekod pertemuan menunjukkan mereka hanya menang dua kali daripada 11 perlawanan menentang beregu Jepun tersebut.

\”Kita dah banyak kali kalah dengan mereka, jadi bila lawan balik tu memang nak sangat menang. Tapi itu kadang-kadang jadi punca kita tertekan dan kalah.\”

Kobayashi yang baru pulih daripada kecederaan lutut tetap memberi saingan hebat, namun Aaron memuji aksi konsisten pasangannya dan percaya mereka mempunyai peluang lebih baik dalam pertemuan seterusnya.

Beregu negara dijadualkan menyertai Terbuka Thailand dari 13 hingga 18 Mei, sebelum beraksi di kejohanan Masters Malaysia hujung bulan ini, yang turut menyaksikan penyertaan semula pasangan Hoki-Kobayashi.

\”Kami akan cuba sedaya upaya untuk menewaskan mereka nanti. Kami dah bersedia,\” tambah Aaron dengan penuh semangat.

BACA JUGA:  Tun M sebak buka kapsul masa yang ditanam hampir 30 tahun lalu
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...