Pearly-Thinaah tempah tiket suku akhir Terbuka China

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah meneruskan prestasi cemerlang apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China yang berlangsung di Changzhou.

Dalam aksi pusingan kedua sebentar tadi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan No.3 dunia itu menewaskan beregu Jepun, Rui Hirokami dan Sayaka Hobara dengan kemenangan straight set 21-17, 21-13 dalam tempoh 38 minit.

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, Pearly-Thinaah yang juga naib juara Terbuka Jepun minggu lalu mempamerkan aksi konsisten walaupun menerima tentangan sengit daripada lawan terutamanya pada set pertama.

“Sebenarnya tidak selesa sangat sepanjang perlawanan hari ini kerana pemain lawan juga bermain bagus. Saya gembira kerana kami dapat menenangkan antara satu sama lain dan mengawal permainan,” kata Thinaah kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Tambah beliau, fokus kini adalah untuk berbincang strategi bersama jurulatih menjelang perlawanan suku akhir.

“Sekarang kami hanya mahu berehat dan berbincang dengan jurulatih mengenai apa strategi yang akan digunakan pada perlawanan esok,” ujarnya.

Untuk saingan suku akhir esok, Pearly-Thinaah akan menanti pemenang perlawanan antara satu lagi beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima atau pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.

BACA JUGA:  Lepas Walid \'mendunia, anak lelaki Faizal Hussein pula jadi rebutan netizen Indonesia
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...