Lelaki guna helah beli hadiah isteri, larikan rantai emas

GOMBAK – Niat kononnya mahu membeli rantai emas untuk dihadiahkan kepada isteri rupa-rupanya helah seorang lelaki sebelum melarikan barang kemas dalam kejadian di sebuah kedai emas di Prima Sri Gombak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai jurujual, sekitar pukul 8.49 malam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 petang apabila suspek datang ke premis tersebut dan memaklumkan mahu membeli rantai emas untuk isterinya.

“Pengadu kemudian mengeluarkan dan menunjukkan beberapa jenis gelang emas yang dipilih oleh suspek. Namun, ketika pengadu ke bahagian kaunter untuk mengambil mesin kira, suspek terus melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Zirwatul Huda Radzi di talian 014-333 6173 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 28 saat tular di media sosial memaparkan kejadian seorang lelaki memakai topi berada di dalam sebuah kedai emas sebelum bertindak melarikan diri menaiki motosikal, dipercayai sekitar pukul 6 petang.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Syarikat bas nafi masalah teknikal, bas sudah diselenggara bulan lalu dan pemandu juga berpengalaman
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...