[VIDEO] Kereta baru bukan untuk ‘show off’, tapi untuk keselesaan – Ara Johari

PUTRAJAYA – Penyanyi popular Arra Johari meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki sebuah kereta baharu yang menjadi satu pencapaian peribadi penting dalam kerjayanya tahun ini.

Menurut Arra, 28, walaupun tidak berkongsi secara terbuka tentang pembelian tersebut di media sosial, namun dia mengakui kenderaan itu memberi keselesaan untuk urusan kerja yang kini melibatkan banyak perjalanan jarak jauh.

@haiselebriti Untuk cerita lanjut sila ke www.haiselebriti.com #artismalaysia #ceritaartis #haiselebriti #arajohari ♬ original sound – haiselebriti

“Saya tak post pun pasal kereta baru sebab saya tak nak tunjuk. Tapi bagi saya, ini satu pencapaian sebab kerja saya banyak travel ke sana sini,” katanya ketika ditemui media semasa Anugerah Melodi Terhangat 2025 di sini, malam tadi.

Tambah Arra, kereta tersebut bukanlah dimiliki sepenuhnya kerana ia masih dalam pembiayaan bank, namun cukup memberi kemudahan untuknya dan pasukan ketika menjelajah ke lokasi persembahan seperti di Penang dan Johor.

“Kereta tu masih milik bank, saya bayar bulan-bulan je. Tapi saya selesa sekarang sebab kita banyak berjalan. Kalau naik sedan biasa, saya jadi tak selesa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Arra turut berkongsi tentang langkahnya mengupah seorang pengurus baharu yang bukan sahaja mengurus kerjaya, tetapi turut berkemahiran dalam bidang vokal dan memandu jarak jauh.

“Pengurus saya ni serba boleh. Boleh ajar vokal, urus jadual, pandu kereta jauh dan… pandai juga memaki. Jadi korang watch out,” selorohnya bersahaja.

Arra memaklumkan sasaran seterusnya adalah untuk membeli rumah sebagai pelaburan masa depan dan langkah persediaan menghadapi ketidaktentuan dalam industri hiburan.

“My next target is rumah pula. Kita tak tahu sampai bila boleh kekal dalam industri, jadi sekarang tengah buat backup plan,” katanya.

Arra turut berharap agar impian tersebut dapat direalisasikan tidak lama lagi sebagai satu lagi kejayaan peribadi yang membanggakan.

BACA JUGA:  Bekas tentera didenda RM1,500 ceroboh Mes Pegawai Kanan Kem Terendak
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...