[VIDEO] Treler terbalik di KM 256.8, trafik arah utara sesak lapan kilometer

IPOH — Satu kemalangan melibatkan sebuah treler terbalik di Kilometer (KM) 256.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) dari Ipoh menuju Kuala Kangsar tengah hari tadi menyebabkan semua lorong terhalang, sekali gus mengakibatkan trafik terhenti sejauh kira-kira lapan kilometer.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 12.39 tengah hari dan menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kemalangan itu membabitkan sebuah treler yang terbalik sehingga melintang di tengah laluan utama lebuh raya.

Menurut LLM, setakat pukul 1.09 tengah hari, pasukan bomba telah berada di lokasi bagi mengendalikan insiden tersebut.

“Trafik terhenti lapan kilometer. Segala kesulitan ketika ini amatlah dikesali. Rancang perjalanan anda,” kata LLM.

BACA JUGA:  Jiran terhidu bau busuk, mayat warga emas hampir reput dalam rumah
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...