Isnin | 12/10/2026 | 2:59:28 pm
HomeNasionalAngka 85 tempat perakaunan UM tidak selari dengan rekod graduan - Wee...

Angka 85 tempat perakaunan UM tidak selari dengan rekod graduan – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sekali lagi mengetengahkan persoalan mengenai ketelusan sistem pemilihan pelajar universiti awam, selepas timbul polemik berhubung kes pelajar cemerlang STPM, Edward Wong yang tidak berjaya mendapat tempat dalam program perakaunan Universiti Malaya (UM).

Menurut Wee, angka rasmi yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menimbulkan kekeliruan apabila mendakwa UM hanya menawarkan 85 tempat untuk program perakaunannya, sedangkan rekod universiti menunjukkan jumlah graduan jauh lebih besar sejak lebih sedekad lalu.

“Data daripada UM sendiri jelas menunjukkan purata sekitar 150 graduan perakaunan setahun antara 2011 hingga 2024. Jadi, bagaimana angka 85 tempat itu boleh dianggap tepat?” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|