“Saya rasa diterima,” pelajar baharu USM syukur hari interaksi bantu suaikan diri

PULAU PINANG – Lebih 100 pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) memenuhi perkarangan Taman Rekreasi Universiti (TRU) baru-baru ini, bagi memeriahkan Hari Interaksi Kampus Sejahtera (HIKS) 2025 yang juga merupakan program tahunan yang menekankan kesejahteraan sosial, mental dan fizikal.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu menampilkan pelbagai aktiviti seperti senam robik, permainan interaktif dan sesi suai kenal yang memberi ruang kepada pelajar baharu untuk saling berkenalan dalam suasana mesra.

Hari Interaksi Kampus Sejahtera 2025 berjaya menghimpunkan lebih 100 siswa-siswi baharu dalam suasana penuh ceria sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen USM terhadap kesejahteraan kampus. – Foto Aswin Rahman

Menurut Pengarah Projek HIKS, Hanafi Jaharudin, objektif utama program itu adalah untuk memperkukuh kesejahteraan sosial dan mental dalam kalangan warga universiti, sejajar dengan misi USM sebagai kampus lestari.

“Kami mahu semua peserta rasa disambut dan dihargai. Kampus yang sejahtera bukan hanya tentang persekitaran hijau, tetapi juga tentang hubungan sesama manusia rasa empati, hormat dan kebersamaan,” jelasnya ketika ditemui.

Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan, Muhammad Zafrul Rahizan, menyifatkan penganjuran program itu sebagai peluang terbaik untuk mengurangkan tekanan akademik dan berinteraksi dengan rakan baharu.

“Kadang-kadang kita terlalu fokus pada pelajaran sampai lupa nak bergaul. Program seperti ini bantu saya tenangkan fikiran dan kenal ramai kawan dari pusat pengajian lain,” katanya.

Pelajar Pusat Pengajian Komunikasi, Nur Aina Balqis Azhar, berkata aktiviti seumpama ini turut membantu meningkatkan keyakinan diri dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti.

“Saya baru seminggu di USM dan program seperti ini buat saya rasa diterima. Bukan senang nak mula hidup di universiti, tapi aktiviti interaksi macam ni buat kita cepat dapat kawan,” katanya.

Program anjuran Kampus Sejahtera USM itu turut mendapat sokongan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan Alumni yang bertujuan menggalakkan kesejahteraan menyeluruh dalam kalangan komuniti kampus melalui pendekatan yang interaktif dan mesra pelajar.

BACA JUGA:  Figueiredo wira Harimau Malaya, tumpaskan Palestin 1-0

Acara yang berlangsung hingga jam 12 tengah hari itu berakhir dengan sesi bergambar dan penanaman pokok sebagai simbolik tanda komitmen warga USM terhadap kesejahteraan alam sekitar.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...