MYBERITA nafi dakwaan kerjasama kempen dengan ‘local brand jersey’

KUALA LUMPUR – MYBERITA menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang hubungan, kerjasama, perkongsian atau penglibatan dalam mana-mana kempen, promosi atau aktiviti bersama sebuah jenama pakaian dan aksesori tempatan seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, penafian tersebut dibuat susulan dakwaan orang ramai termasuk mangsa penipuan dalam talian yang mendakwa MYBERITA mempunyai kaitan dengan kempen pihak berkenaan.

MYBERITA menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan syarikat tidak pernah menjalinkan sebarang bentuk kerjasama atau sokongan promosi dengan mana-mana pihak seperti yang tular. Tegasnya, syarikat sentiasa komited dalam memelihara reputasi, integriti dan ketelusan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian dinasihatkan supaya segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Mangsa juga digalakkan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian kecemasan 997 bagi membolehkan tindakan pembekuan akaun bank dilakukan dengan segera, sekali gus mengelakkan kerugian yang lebih besar.

MYBERITA turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran atau kempen mencurigakan di media sosial serta tidak mudah terpedaya dengan penyalahgunaan nama organisasi tertentu bagi tujuan penipuan.

Dalam masa sama, syarikat memaklumkan akan terus memantau sebarang dakwaan tidak benar dan kekal komited terhadap prinsip ketelusan serta tanggungjawab komunikasi kepada orang ramai.

BACA JUGA:  PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri, disalur 24 Mac Ini
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...