Ahad | 04/10/2026 | 10:51:17 pm
HomeBelasungkawa"Kami harap keadilan untuk anak saya" – Bapa Irene Sofiya

“Kami harap keadilan untuk anak saya” – Bapa Irene Sofiya

BATU PAHAT – Bapa kepada pelajar perempuan yang ditemui meninggal dunia, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, merayu sokongan orang ramai dan pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat anak tunggalnya itu.

Mohd. Khairool Faisal Khyar, 42, berkata keluarga berharap siasatan berhubung tragedi yang menimpa anaknya dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua. Kami berharap sokongan semua untuk menegakkan keadilan bagi anak saya, arwah anak saya. Itu sahaja yang kami harapkan,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, di sini, malam ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 4 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|