Ahad | 04/10/2026 | 10:51:10 pm
HomeNasionalNegeriKPDN nafi RON95 tercemar, tiada air dikesan dalam tangki stesen minyak

KPDN nafi RON95 tercemar, tiada air dikesan dalam tangki stesen minyak

BATU KAWAN – Dakwaan bahan api RON95 tercemar susulan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang tidak disokong hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kehadiran air atau tanda pencemaran dalam tangki simpanan RON95 di stesen minyak terbabit.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan susulan satu hantaran tular di media sosial yang mendakwa berlaku masalah terhadap kenderaan selepas mengisi RON95 di stesen berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 4 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|