Ahad | 04/10/2026 | 10:51:59 pm
HomeNasionalNegeriKenderaan bermasalah selepas isi minyak, KPDN Pulau Pinang buka siasatan

Kenderaan bermasalah selepas isi minyak, KPDN Pulau Pinang buka siasatan

GEORGE TOWN – Dakwaan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di sebuah stesen minyak berhampiran Batu Kawan kini dalam radar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Siasatan dijalankan susulan beberapa hantaran di media sosial yang tular, dengan pengguna mendakwa kenderaan mereka gagal dihidupkan selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak sekitar negeri itu.

Jurucakap KPDN Pulau Pinang berkata, satu pasukan dihantar ke lokasi bagi meneliti dakwaan berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 4 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|