Ahad | 04/10/2026 | 10:51:43 pm
HomeFilemYusof Haslam harap Syamsul tunaikan amanah, siapkan OG dan Khawarij

Yusof Haslam harap Syamsul tunaikan amanah, siapkan OG dan Khawarij

PETALING JAYA – Selepas beberapa tahun tertangguh, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syamsul Yusof dapat menyelesaikan dua projek filem arahannya, The Original Gangster (OG) dan Khawarij, demi memenuhi penantian peminat serta amanah kepada pasukan produksi.

Yusof, 72, berkata kedua-dua filem berkenaan kini hanya berbaki proses suntingan akhir dan diharapkan dapat disiapkan pada penghujung tahun ini sebelum ditayangkan kepada umum tahun depan.

Katanya, beliau sendiri sudah berbincang dengan Syamsul mengenai perkembangan kedua-dua filem itu dan mendapat jaminan daripada anaknya untuk menyelesaikan projek berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 4 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|