2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang sempena Aidiladha

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menjangkakan kira-kira 2.5 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, jumlah itu adalah berdasarkan unjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membabitkan pergerakan kenderaan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari 26 Mei hingga 8 Jun.

\”Peningkatan trafik ini dipercayai berpunca daripada cuti persekolahan yang berterusan hingga sambutan Aidiladha, selain kemungkinan didorong oleh musim buah-buahan ketika ini di Pulau Pinang,\” katanya kepada Bernama.

Bagi menangani aliran trafik, JSPT melaksanakan Op Lancar bermula 31 Mei hingga 8 Jun bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

Hamzah berkata, anggota polis trafik akan ditugaskan secara strategik di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan dan kemalangan, antaranya Jambatan Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu serta lokasi utama di Seberang Perai Tengah.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berwaspada dan mematuhi peraturan demi keselamatan sepanjang perjalanan pulang berhari raya.

BACA JUGA:  PKBM diminta fokus pilih pasukan, bukan isu persiapan – Jefri
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...